Cari @ Amanz

Selain membuka pejabat di Malaysia pada tahun ini, kini Google Malaysia juga turut sama mempunyai akaun Twitter mereka sendiri. Dan menariknya, melalui akaun Twitter rasmi Google Malaysia, mereka berkongsi akan pelbagai informasi menarik yang bakal dibawakan oleh Google ke negara kita, Malaysia.

Dan salah satu perkara yang diumumkan melalui Google Malaysia melalui akaun Twitter mereka hari ini adalah dimana mereka bakal melancarkan perkhidmatan Get Malaysian Business Online atau GMBO kepada umum pada 22 November ini.

Buat masa ini, maklumat berkaitan dengan perkara ini masih lagi samar-samar, namun ianya kelihatan berkaitan dengan menjadikan perniagaan atas-talian lebih mudah. Pada masa yang sama, ia juga kelihatan Google bekerjasama bersama-sama dengan beberapa pihak untuk menjayakannya, termasuk bersama SKMM, DomainRegistry, dan juga iTrain.

Sama-sama kita nantikan pengumuman mereka pada 22 November kelak. Dan sementara itu, bagi mendapatkan kemaskini semasa daripada pihak Google Malaysia, mungkin anda boleh ikuti akaun rasmi mereka di @