Telefon Pintar Generasi Baru BlackBerry Tidak Akan Menyertakan Papan Kekunci QWERTY Terbina?

Telefon Pintar Generasi Baru BlackBerry Tidak Akan Menyertakan Papan Kekunci QWERTY Terbina?

Diterbitkan pada November 10, 2011 oleh .

Mungkin semua sedia maklum yang mana Research In Motion bakal memperkenalkan telefon pintar generasi baru mereka bersama platform BBX pada tahun hadapan. Dan kini, beberapa laporan awal mengatakan yang mana peranti dan telefon pintar BBX kelak tidak akan menyertakan papan kekunci QWERTY sepertimana sekarang, sebaliknya menggunakan skrin sentuh sepenuhnya.

Ia diperkatakan yang mana RIM ingin memberikan nafas baru untuk peranti keluaran mereka, dan tidak lagi menggunakan rekabentuk seumpaman Bold sepertimana kebanyakkan peranti BlackBerry sekarang ini. Melalui telefon pintar BBX baru kelak, ia diperkatakan yang mana ianya mungkin akan menyerupai PlayBook, dan membawakan resolusi lebih kurang sama dengannya.

Telefon pintar pertama BBX dijangka akan diperkenalkan pada tahun hadapan, dan akan turut didatangkan bersama-sama dengan sokongan emel terbina dan juga sokongan BES padanya.


TIPS & ULASAN