Hari ini, kami secara rasminya telah memasang sebuah butang khas untuk Google+ dibahagian kiri laman, yang menyerupai kotak Facebook Like, dan ramai yang bertanya akan bagaimana untuk menyertakannya. Bagi mereka yang berminat, selain daripada kotak Facebook Like, anda juga boleh menyertakan kotak Google+ pada bahagian tepi laman anda melalui pilihan widget yang disediakan oleh Google secara rasminya.
Menurut Google, secara tidak langsung, melalui penggunaan perkara ini, laman tersebut akan disertakan pada Google+ Direct Connect, yang mana membolehkan para pengguna melakukan carian terus untuk nama laman anda pada carian Google.
Melalui widget yang disediakan juga, ia membolehkan para pengguna untuk +1 akan laman anda, selain pada masa yang sama menambah halaman Google+ Pages anda kedalam Circles mereka. Pada masa yang sama, Google+ Pages ini masih lagi pada peringkat awal, dan mungkin kita akan melihat lebih banyak perkara baru diperlihatkan pada halaman ini dari semasa ke semasa.
Walaubagaimanapun, hanya segelintir pengguna sahaja yang dapat melihat widget ini, dimana Google masih lagi pada peringkat ujiannya buat masa ini.
Bagi pembaca Amanz yang mempunyai akaun Google+, anda boleh sertai kami di Google+ Pages, dimana pelbagai aktiviti menarik akan kami jalankan tidak lama lagi melaluinya.