Semua sedia maklum akan yang mana Faces.my bakal dilancarkan esok. Ia dijangka akan dilancarkan dalam bentuk beta tertutup sekitar esok, dimana hanya pengguna yang pernah mendaftarkan diri pada laman mereka akan menerima jemputan, secara berperingkat bermula esok. Namun begitu, kami berjaya mendapatkan beberapa paparan antaramuka profil Faces.my kelak dengan lebih dekat lagi khas untuk pembaca Amanz.
Integrasi Halaman Sosial Yang Lain Pada Faces.my
Halaman Portfolio Pada Faces.my
Kepakaran Pengguna Diperlihatkan Dalam Bentuk Interaktif
Berbeza dengan paparan sebelum ini, ia memperlihatkan beberapa perubahan, dimana salah satu perkara yang ditambah adalah halaman portfolio, membolehkan para pengguna memperlihatkan portfolio masing-masing dengan mudah terus melalui halaman profil Faces mereka. Selain daripada itu, ia juga turut memperlihatkan pengalaman kerja seseorang itu dibahagian bawah senarai kepakaran seseorang itu.
Pada masa yang sama, ia juga didatangkan dengan halaman untuk menghubungi seseorang pekerja bebas itu dengan lebih mudah. Faces.my juga menggunakan kaedah URL yang mudah diingati oleh semua, sekaligus memudahkan ianya dikongsikan pada laman-laman lain dengan mudah.
Bagi mendapatkan gambaran yang lebih dekat, para pengguna boleh melayari salah satu laman profil contoh yang boleh diakses melalui halaman pembangunan mereka.