Mungkin semua sedia maklum yang mana pihak Google Malaysia telah pun memulakan bancian untuk melakukan rakaman Street View yang pertama di Malaysia sebelum ini. Menariknya, kini melalui Tweet yang dilakukan oleh pihak Google Malaysia, mereka mengatakan yang mana kini mereka sedang mengumpulkan data, dan akan aktif seawal pertengahan tahun pertama 2012 kelak.
Namun begitu, lokasi yang menjadi pilihan pertama masih tidak diumumkan lagi buat masa ini. Mungkin setelah penantian sekian lama, kita akan dapat melihat tempat-tempat menarik di Malaysia melalui Google Street View dalam tempoh kurang setahun lagi adalah salah satu berita gembira untuk semua.
Sama-sama kita nantikan pelancarannya pada tahun hadapan kelak.