Cari @ Amanz

Nampaknya, hari ini, Celcom menambah pelbagai peranti baru dibawah portfolio Android mereka, dimana selain daripada Galaxy Note, dan Droid Razr mereka juga kini menawarkan HTC Sensation XE dengan teknologi audio Beats melalui pakej Celcom Exec mereka pada harga serendah RM1248.

Sebelum ini, HTC Sensation XE telah mula dijual di Malaysia pada harga RM1999 tanpa sebarang kontrak, dan melalui Celcom, ianya membawakan pakej yang sama seperti pakej untuk Droid Razr dan juga Galaxy Note, dimana ia menawarkan pilihan komitmen bulanan samada RM88, RM108 atau RM250 dengan pilihan tempoh selama 12 bulan atau 18 bulan.

Dengan harga yang lebih kurang dekat antara Motorola Droid Razr, Samsung Galaxy Note dan juga HTC Sensation XE, apakah yang bakal menjadi pilihan pengguna?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd