Seperti mana yang dinantikan, hari ini WutMedia telah pun dilancarkan, bersama-sama salah satu produk mereka, iaitu Wut2Feed. Secara ringkasnya, WutMedia menyediakan perkhidmatan pembangunan aplikasi iOS dan juga Android, manakala Wut2Feed merupakan salah satu produk mereka yang membolehkan para pemilik laman web bercirikan berita untuk membangunkan aplikasi mereka tersendiri untuk iPhone dan juga Android.
Mungkin semua sedia maklum akan yang mana aplikasi Amanz turut sama menggunakan Wut2Feed. Melaluinya, para pengguna boleh membangunkan aplikasi mereka sendiri dengan pelbagai ciri-ciri tanpa mengetahui sebarang asas pengaturcaraan. Pada masa yang sama juga, ianya bebas iklan, dan didatangkan dengan sokongan notifikasi dan juga rangkaian sosial.
Buat masa ini, Wut2Feed masih lagi pada peringkat beta, dan bagi mereka yang ingin mendapatkan aplikasi mereka tersendiri, Wut2Feed menawarkan perkhidmatan percuma untuk pengenalan ini, dimana anda boleh hubungi mereka melalui emel di [email protected]. Namun tawaran ini hanyalah untuk laman yang bercirikan berita.