Selain daripada Celcom, seperti semua sedia maklum, DiGi turut sama menawarkan peranti Samsung Galaxy Note, dimana melalui pakej Smart Plan, DiGi menawarkan Samsung Galaxy Note pada harga serendah RM1549 untuk para pengguna dan pelanggan mereka, dengan kontrak selama 24 bulan.
DiGi menawarkan dua pilihan, iaitu DG Smart Plan 48 atau DG Smart Plan 68, yang mana masing-masing ditawarkan dalam bentuk tempoh selama setahun atau dua tahun.
Selain daripada DiGi, Celcom turut sama menawarkan peranti yang sama pada harga RM1368 dengan komitmen sebanyak RM250 selama 18 bulan, ataupun membelinya tanpa sebarang komitmen daripada pengedar rasmi pada harga RM2299.
Terima kasih Arif.