Aplikasi iOS Amanz Daripada Wut2Feed Kini Sedia Di Muat-Turun

Aplikasi iOS Amanz Daripada Wut2Feed Kini Sedia Di Muat-Turun

Diterbitkan pada November 11, 2011 oleh .

Mungkin semua sedia maklum akan yang mana sebelum ini pembangunan aplikasi iOS untuk Amanz telah dilakukan oleh pihak Wut2Feed, dan akhirnya, kini aplikasi tersebut sedia digunakan oleh semua pengguna iPhone, iPad dan juga iPod Touch secara percuma, dan boleh dimuat-turun secara terus daripada Apple AppStore.

Walaubagaimanapun, buat masa ini, ia memerlukan para pengguna terlebih dahulu menggunakan iOS 5 untuk menggunakannya. Dan memandangkan ianya menggunakan Wut2Feed dalam pembangunan, maka aplikasi ini juga menyokong navigasi ringkas, sokongan media sosial seperti Twitter dan Facebook, sokongan notifikasi, dan juga bebas daripada iklan.

Menurut pihak Wut2Feed juga, kelak mereka akan menyertakan sokongan galleri gambar, berkongsi video, memainkan audio, dan banyak lagi dalam versi akan datang.

Bagi para pengguna iOS 5, anda boleh memuat-turun aplikasi Amanz untuk peranti anda, dan tidak lagi terlepas sebarang berita teknologi.


TIPS & ULASAN