Laku.my Memperkenalkan Pusat Direktori Untuk Penipu Internet – API Bakal Diperkenalkan

Laku.my Memperkenalkan Pusat Direktori Untuk Penipu Internet – API Bakal Diperkenalkan

Diterbitkan pada November 11, 2011 oleh .

Ingatkah lagi dengan laman Laku.my yang pernah kami tulis sebelum ini? Kini nampaknya mereka telah mempunyai senarai pengguna yang tersendiri, dan menariknya, turut melangkah setapak kehadapan dengan memperkenalkan sebuah pusat khas untuk melaporkan senarai nama mereka-mereka yang melakukan penipuan atas talian.

Selain hanya menjadi direktori untuk mengumpulkan nama senarai pesalah laku, pembangun laman web Laku.my juga turut sama mengatakan yang mana mereka akan memperkenalkan API umum untuk semua pembangun, dimana kelak pembangun lain boleh menggunakannya dalam pembangunan laman mereka, serta mengurangkan bilangan mereka yang melakukan penipuan jualan di internet ini.

Buat masa ini, tiada API yang diperkenalkan lagi, dan mungkin akan dilepaskan dalam masa beberapa minggu lagi. Para pengguna dan pembangun boleh melihat senarai nama yang tersenarai pada laman Laku.my melalui halaman Scam Fraud Centre padanya.


TIPS & ULASAN