Cari @ Amanz

Setelah dinantikan sekian lama, kini ianya kelihatan yang mana pihak pembangun Faces.my sudah pun bersedia menerima pendaftaran, dan bagi mereka yang ingin mendapatkan akaun profesional mereka tersendiri, anda sudah boleh mendaftarkan diri anda sekarang, secara percuma. Namun begitu, memandangkan ianya masih lagi pada peringkat beta, para pengguna perlu terlebih dahulu melanggan Faces.my terlebih dahulu, baru dapat mendaftarkan akaun padanya.

Melalui apa yang kelihatan, Faces.my tidak menyertakan integrasi sosial seperti yang diperlihatkan melalui paparan skrin sebelum ini. Mungkin fungsi tersebut terpaksa ditangguhkan sementara waktu, dan akan diperkenalkan pada masa akan datang. Sokongan carian profil juga masih belum diperkenalkan buat masa ini pada Faces.my.

Selain daripada itu, proses pendaftarannya amat mudah, dimana para pengguna boleh memilih untuk menyertakan skill dan kebolehan mereka – serta menyertakan tahap kepakaran mereka, dan juga turut sama menyertakan pengalaman pekerjaan mereka. Menariknya adalah, para pengguna boleh turut sama menyertakan portfolio mereka pada laman tersebut dengan mudah. Pihak Faces.my juga turut sama mengatakan yang mana mereka turut akan memperkenalkan sokongan portfolio bagi para penulis (copywriter), dimana sokongan nota ringkas bakal diperkenalkan padanya.

Twitter @Faces_my Diintegrasikan Sokongan Balasan Automatik

Memandangkan kebanyakkan pekerja bebas mempunyai akaun Twitter mereka tersendiri, Faces.my dijangka bakal memperkenalkan sokongan balasan automatik menggunakan Twitter, dimana para pengguna boleh menghantarkan sebarang pertanyaan kepada akaun Twitter @Faces_my, dan menerima jawapan serta merta, sekaligus memberikan perkhidmatan pelanggan mereka melalui Twitter.

….

Jadi, bagi mereka yang berminat untuk mempunyai akaun Faces.my yang mana turut boleh digunakan sebagai resume atas-talian anda, anda boleh mendaftarkannya hari ini, melalui halaman rasmi Faces.my, dan mula mempromosikan akaun anda kepada semua melalui URL unik yang diberikan. Anda juga boleh ketahui lebih berkenaan dengan pelancaran Faces.my Beta ini melalui artikel pada blog mereka.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd