Cari @ Amanz

Google Memperkenalkan Butang Perkongsian Google Plus Pada Reader

Oleh Aman

Link Copied!

Dalam banyak-banyak aplikasi daripada Google, salah satu yang popular adalah Google Reader. Dan hari ini, Google turut sama mengintegrasikan sokongan rangkaian sosial mereka pada perkhidmatan tersebut, dimana bermula hari ini, para pengguna boleh berkongsi artikel-artikel menarik yang dibaca mereka pada Google Reader terus ke laman sosial Google+.

Bezanya dengan sebelum ini adalah dimana para pengguna perlu terlebih dahulu klik pada butang +1, sebelum dapat berkongsi dengan yang lain. Tetapi dengan pengenalan baru ini, Google memperkenalkan butang perkongsian berasingan untuk berkongsi pada laman sosial Google+.

Mungkin juga selepas ini kita akan dapat melihat Google memperkenalkan butang khas untuk perkongsian (Share) untuk disertakan pada laman web, sama seperti butang Facebook Share.


Komen ()