Motorola Droid Razr telah pun dilancarkan secara rasminya pada awal minggu ini, bersama-sama dengan Motorola Defy+, dimana kedua-dua peranti telah dimulakan jualan semalam, masing-masing pada harga RM1999 dan juga RM1099. Celcom juga turut sama menawarkan peranti Droid Razr bersama-sama dengan pakej dan pelan mereka pada harga serenah RM1308.
Selain daripada ulasan ringkas dalam bentuk tulisan sebelum ini, kini kami turut sama membawakan ulasan ringkas peranti ini dalam bentuk video, membolehkan para pengguna melihat dengan lebih dekat akan peranti yang membawakan Android 2.3 Gingerbread, skrin seluas 4.3-inci, cip pemprosesa dwi-teras 1.2GHz, kamera 8-megapixel dan juga badan yang tahan lasak, dibuat menggunakan Kevlar.