Carian
Eksklusif : Pra-Lihat Perkhidmatan SocialShout Beta Yang Bakal Dilancarkan
November 12, 2011 Aman

Salah satu perkhidmatan yang mana bakal dilancarkan dalam bentuk beta kepada umum tidak lama lagi adalah SocialShout. SocialShout disasarkan untuk pelancaran pada minggu hadapan, berkemungkinan sekitar 18 November kelak, dimana ia bakal membawakan makna baru bagi para pengguna laman sosial, tidak kira Twitter, Facebook dan juga FourSquare.

Melalui perkhidmatan SocialShout ini kelak, ia bakal membolehkan para pengguna beroleh diskaun dan tawaran menarik berdasarkan kepada keaktifan mereka di laman sosial. Setiap kemaskini diberikan markah tersendiri, dan menariknya adalah dimana segala tweet, kemaskini status dan daftar masuk lokasi sebelum-sebelum ini turut akan mendapatkan markah dan mata ganjaran, yang mana boleh diubah kepada baucer diskaun dan sebagainya.

Perkara ini juga pada masa yang sama, turut membawakan keuntungan kepada pihak penjual dan peniaga, dimana mereka akan mendapat pemasaran ikhlas daripada para pengguna dari pelbagai laman sosial, sekaligus memberikan impak pemasaran yang lebih meluas lagi di laman sosial.

Bahagian Dashboard Pada SocialShout

Bahagian Leaderboard Pada SocialShout

Bahagian Store Pada SocialShout

SocialShout bakal dilancarkan kepada umum dalam bentuk beta sekitar minggu hadapan. Sementara itu, bagi yang berminat, boleh mendaftarkan minat pada halaman rasmi mereka, dan menerima jemputan terus melalui alamat emel anda.

Komen