MediaFire merupakan salah satu perkhidmatan perkongsian fail yang popular bukan sahaja di Malaysia, tetapi juga di arena global. Dalam usaha terus menarik para pengguna menggunakan perkhidmatan mereka, hari ini MediaFire memperkenalkan rekabentuk dan antaramuka baru laman yang lebih kemas, dan juga dengan sokongan HTML5 padanya.
Melaluinya, halaman utama MediaFire kini tampak lebih biru, dengan menggunakannya sebagai warna utama. Pada masa yang sama, para pengguna juga boleh memulakan proses memuat-naik serta-merta pada laman tersebut dengan mudah.
Bagi halaman memuat-turun fail pula, ia kekal dengan iklan yang penuh di sebelah kiri dan kanan bagi akaun percuma, dan juga bebas daripada iklan bagi akaun berbayar.
Tips daripada @ikhwan_shah