Carian
(Videografik) Bolehkah Google+ Mengatasi Populariti Facebook?
November 12, 2011 Aman

Setelah gagal dengan Google Wave, Jaiku dan juga Google Buzz, kini Google sekali lagi mencuba memasuki arena sosial melalui Google+, perkhidmatan rangkaian sosial yang baru daripada gergasi internet Google. Namun, salah satu pertanyaan yang sering ditanya adalah samada adakah gergasi internet Google akan berjaya dengan perkhidmatan Google+ mereka, ataupun sebaliknya?

Buat masa ini, perkhidmatan sosial didominasi oleh Facebook. Namun, akhir-akhir ini, Google mula memperkenalkan satu demi satu fungsi baru, termasuk Google+ Pages yang mana ditujukan khas untuk para pengguna perniagaan ataupun jenama.

Selain daripada itu, salah satu fungsi menarik yang terdapat pada Google+ adalah sokongan Hangout, membolehkan anda membuat panggilan video bersama-sama dengan rakan yang lain dengan mudah. Namun begitu, angka penggunanya masih lagi rendah buat masa ini.

Facebook kini sedang menghampiri angka 1 billion pengguna, manakala Google+ dilaporkan hanya sekitar 50 juta pengguna sahaja. Namun, Google+ meningkat dengan lebih drastik berbanding yang lain, apatah lagi ianya masih lagi pada peringkat beta.

Jadi, persoalannya, adakah Google+ akan berjaya, dan menjadi sama taraf atau melangkaui Facebook?

Komen