(Ura-Ura) iPhone 5 Dibatalkan Kerana Perbezaan Saiz Skrin?

(Ura-Ura) iPhone 5 Dibatalkan Kerana Perbezaan Saiz Skrin?

Diterbitkan pada November 12, 2011 oleh .

Ketika pelancaran iPhone 4S pada bulan lepas, ramai peminat Apple yang seperti kecewa, apabila peranti yang dinantikan mereka, iaitu iPhone 5 tidak diperkenalkan, sebaliknya hanya kemaskini kepada iPhone 4 dengan kamera, cip pemprosesan dan sokongan Siri sahaja diperkenalkan. Namun begitu, kini salah seorang sumber memperkatakan yang mana beliau pernah sendiri mencuba dan menguji prototaip iPhone 5 yang dinantikan itu.

Menurut sumber tersebut, prototaip iPhone 5 daripada Apple membawakan beberapa perubahan, termasuk saiz skrin sebesar 5-inci, bahagian belakang yang dibuat daripada alumnium, butang utama yang kapasitif, kamera 10-megapixel, lebih pantas, dan mempunyai jangka hayat bateri yang lemah.

Selain daripada itu, seperti ura-ura sebelum ini, fungsi Siri dikenali sebagai Asisstant padanya.

Namun, apabila bercakap mengenai mengapa ia dibatalkan, menurut sumber tersebut, Steve Jobs tidak menyukai rekabentuk peranti yang lebih besar, dan berbeza dengan saiz skrin semasa pada iPhone.

Sebelum ini, ia juga pernah dilaporkan yang mana iPhone 5 merupakan peranti terakhir yang mendapat perhatian sepenuhnya daripada Steve Jobs, dan diperkatakan akan dilancarkan pada tahun hadapan.


TIPS & ULASAN