Disebalik Latar Windows XP – Gambar Paling Popular Dunia

Disebalik Latar Windows XP – Gambar Paling Popular Dunia

Diterbitkan pada November 13, 2011 oleh .

Salah satu gambar yang paling popular di dunia adalah merupakan gambar latar desktop pada sistem operasi Windows XP, yang mana memaparkan gambar bukit yang berwarna hijau, dan telah dirakamkan oleh O’Rear, salah seorang bekas jurugambar untuk National Geographic. Kini, gambar tersebut telah menjadi gambar yang paling banyak diperlihatkan di planet ini, dimana hampir ke semua pengguna komputer atau desktop mengenali akannya.


Gambar Yang Dibeli Oleh Microsoft Dan Digunakan Pada XP [via]

Menariknya adalah dimana lokasi tersebut masih lagi boleh dilihat sehingga ke hari ini melalui Google Maps, dimana melalui sokongan Panoramio, para pengguna boleh melihat lokasi, dan juga perubahan kawasan tersebut dari semasa ke semasa.

Menurut O’Rear, ketika merakamkan gambar tersebut, beliau tidak pernah terfikir untuknya digunakan sebagai gambar latar untuk desktop, dan semestinya tiada seorang pun jurugambar mensasarkan untuk gambar mereka digunakan sebagai gambar latar pada desktop atau komputer. Beliau sendiri telah melalui lokasi tersebut beberapa hari, dimana pada suatu hari, beliau telah turun dan mengambil beberapa gambar lokasi tersebut yang mana menarik perhatian beliau.

Beliau kemudiannya menerima panggilan mengatakan yang mana Microsoft berminat dengan gambar asal tersebut, dimana harga pembelian dan struktur pembayaran oleh pihak Microsoft tidak didedahkan oleh O’Rear. Namun apa yang dilaporkan adalah dimana pembelian gambar tersebut, merupakan pembelian gambar kedua paling mahal didunia sehingga kini.

Bagi anda yang ingin melihat lokasinya sendiri, boleh layarinya melalui Google Maps, dan aktifkan Street View, ataupun melihatnya melalui Panoramio.


TIPS & ULASAN