Carian
Kad-SIM Terus Mengecil – Nano-SIM Bakal Diperkenalkan
November 13, 2011 Aman

Beberapa tahun sebelum ini, kad-SIM yang biasa kita gunakan telah pun diperkecilkan sedikit menjadi mikro-SIM yang mana kini digunakan pada telefon pintar seperti iPhone, Droid Razr, Nokia N9 dan sebagainya. Namun, dengan perkembangan teknologi, dan pembuatan peranti yang lebih nipis, kini sebuah keluarga SIM baru akan diperkenalkan, dikenali sebagai nano-SIM.

Melalui Nano-SIM, ia diperkatakan yang mana akan bersaiz satu per-tiga daripada saiz mikro-SIM, dan hampir 60% lebih kecil berbanding saiz kad-SIM biasa. Ketebalannya juga dikurangkan lebih 15% berbanding pada masa kini. Menurut pembangunnya, melalui Nano-SIM ia akan membolehkan pembangun peranti mengambil kelebihannya dalam mendapatkan lebih ruangan storan untuk komponen lain dan menjadikan peranti mereka lebih nipis dan kompak lagi.

Nano-SIM ini dijangka akan diperlihatkan pada 15 November kelak, yang mana berkemungkinan akan menjadi salah satu standard baru telekomunikasi kelak.

Komen