Nampaknya fasa berikut pengenalan iPhone 4S adalah pada 25 November kelak, iaitu kurang dua minggu dari sekarang, dan setelah negara-negara seperti Albania, Armenia dan lain-lain menerimanya, mungkinkah Malaysia turut sama tergolong pada pelancaran iPhone 4S pada 25 November kelak?
Buat masa ini, negara yang telah mengesahkan akan menerima peranti iPhone 4S pada 25 November kelak adalah India, dimana salah satu syarikat telekomunikasi di sana, iaitu Aircel telah mengesahkan akan mulakan jualan iPhone 4S di India pada 25 November akan datang.
Di Malaysia, berkemungkinan seperti iPhone 4, ketiga-tiga gergasi telekomunikasi akan menawarkannya dan melancarkannya pada hari yang sama. Mungkin kita boleh nantikan pakej yang menarik daripada Celcom, DiGi dan juga Maxis ketika pelancarannya kelak.
Namun, persoalannya, adakah Malaysia akan menerimanya pada fasa ini iaitu pada 25 November kelak, ataupun hanya akan menerimanya pada bulan Disember kelak. Apple sebelum ini telah mengatakan yang mana lebih 70 negara akan menerima iPhone 4S sebelum penghujung tahun ini.