Carian
YouTube Menguji Integrasi Kadar Kepopularan Pada Hasil Carian Video
November 13, 2011 Aman

YouTube akhir-akhir ini menguji pelbagai perkara baru, dari sokongan HTML yang dipertingkatkan, antaramuka baru, dan kini ia kelihatan yang mana YouTube turut sama mengintegrasikan sokongan melihat rating sesuatu video terus melalui carian yang dilakukan melalui YouTube, dan memudahkan para pengguna memilih video yang tepat untuk ditonton.

Kadang-kala pada YouTube sesuatu video itu disalah labelkan dan bukanlah sesuatu yang ingin ditonton oleh kita. Menariknya, memandangkan YouTube mempunyai jutaan pengguna harian, maka mereka dapat membangunkan algoritma yang tepat melalui sokongan untuk memberikan rating pada sesuatu video.

Dan kini, dengan mengintegrasikan sokongan ini terus pada halaman keputusan carian, YouTube terus memudahkan para pengguna untuk membuat pilihan mudah berkenaan apakah hasil keputusan yang menepati citarasa mereka, disamping menjimatkan penggunaan jalur-lebar oleh mereka.

Buat masa ini, hanya segelintir pengguna sahaja yang dapat melihat fungsi ini, dan mungkin masih pada peringkat ujian lagi.

Tips awal daripada Abdul Karim.

Komen