Dunia peranti mudah-alih terus berkembang pesat di Malaysia, dimana selepas Asus memperkenalkan kepada dunia global tablet empat-teras pertama mereka yang mana dijana menggunakan NVIDIA Tegra 3, kini pihak Astro melalui akaun Facebook milik Gadget Nation mengumumkan yang mana mereka telah diberitahu oleh pihak Asus Malaysia yang mana peranti tersebut akan mula berada di Malaysia pada awal tahun hadapan, seawal bulan Januari.
Walaubagaimanapun, harga jualan peranti tersebut, seperti biasa tidak diumumkan oleh Asus Malaysia.
Tablet empat-teras yang dinamakan sebagai Asus Eee Pad Transformer Prime itu membawakan prestasi lebih lima kali ganda berbanding Transformer generasi pertama, disamping membawakan jangka-hayat bateri selama lebih 12 jam. Apabila tablet tersebut digabungkan dengan papan kekunci khas untuknya, ia boleh beroperasi selama 18 jam, menurut Asus. Pada masa yang sama, ia juga membawakan kamera 8-megapixel bersama-sama dengan skrin seluas 10.1-inci padanya.