Cari @ Amanz

Walaupun telah memperlihatkan Android 4.0 sebelum ini ketika pelancaran Samsung Galaxy Note bulan lepas, pihak pembangun Android, atau secara ringkasnya, Google, masih lagi belum mengeluarkan dan melancarkan kod sumber Android 4.0 secara rasmi. Kini, dengan acara khas Android yang disasarkan pada 16 November (17 November waktu tempatan), ia diperkatakan Google akan melancarkan pada tarikh tersebut.

Dengan pelancaran Android 4.0 Ice Cream Sandwich kelak, ia bakal menjadikan segala tablet Android di pasaran dan juga telefon pintar Android dipasaran serasi dan menggunakan platform yang sama, sekaligus memudahkan para pembangun mengeluarkan kemaskini aplikasi mereka, disamping Google sendiri mengeluarkan kemaskini untuk Android.

Sehingga kini, peranti yang diketahui menggunakan Android Ice Cream Sandwich hanyalah Samsung Galaxy Nexus, dan beberapa pengeluar lain seperti HTC dan sebagainya telah mengeluarkan kenyataan mereka akan mengeluarkan kemaskini platform tersebut pada tarikh tersebut.

Mungkinkah kita akan turut melihat pelancaran beberapa peranti baru pada hari tersebut kelak?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd