iBilik Menerima Suntikan Dana Dari Cystal Horse Investments

iBilik Menerima Suntikan Dana Dari Cystal Horse Investments

Diterbitkan pada November 14, 2011 oleh .

iBilik merupakan salah satu web yang membolehkan para pengguna tempatan mencari bilik untuk disewa untuk suatu jangka masa dengan mudah. Sebelum ini, ia dikenali sebagai CariBilik, dan telah dijenamakan semula menjadi iBilik baru-baru ini, disamping memperkenalkan pekhidmatan mereka di Singapura dan Indonesia selain di Malaysia.

Dan menariknya, hari ini, mereka telah pun menerima pelaburan dana kedua daripada Crystal Horse Investments yang berpangkalan di Singapura. Walaubagaimanapun, jumlah dana yang dilabur tidak diumumkan oleh kedua-dua pihak. Dana yang diterima akan lebih kepada tujuan pemasaran perkhidmatan mereka kelak, selain pada masa yang sama memperluaskan perkhidmatan mereka lagi.

Sebelum ini, iBilik telah menerima suntikan dana pertama pada bulan April 2011 daripada pelabur bebas dari Malaysia, iaitu Tan Swee Yeong, dan setelah lebih kurang 7 bulan, kini mereka menerima suntikan dana kedua daripada Crystal Horse Investments, sekaligus memperlihatkan yang mana ramai pelabur yang ingin melabur pada produk dan perkhidmatan yang dibangunkan di Asia Tenggara, termasuk Malaysia.

Crystal Horse sebelum ini telah membuat lebih 12 pelaburan dalam tempoh 12 bulan yang lepas, dimana telah melabur di 5 syarikat dari Singapura, 5 syarikat dari Malaysia dan masing-masing satu dari China dan juga India.


TIPS & ULASAN