Rekabentuk YouTube Baru Bakal Mengintegrasikan Google+ Dengan Mendalam

Rekabentuk YouTube Baru Bakal Mengintegrasikan Google+ Dengan Mendalam

Diterbitkan pada November 14, 2011 oleh .

Nampaknya, perubahan yang kita lihat pada YouTube akhir-akhir ini hanyalah perubahan minimum, dalam penyediaan mereka untuk mengubah keseluruhan rekabentuk laman mereka, disamping pada masa yang sama mengintegrasikan Google+ dengan lebih menyeluruh lagi pada laman perkongsian video paling popular di dunia itu.

Melalui apa yang diperlihatkan, YouTube baru membawakan integrasi menyeluruh dengan Google+, dimana anda boleh melihat apa yang dikongsikan rakan-rakan anda di Google+ dengan mudah melalui laman YouTube, yang mana pada masa yang sama akan memberikan impak peningkatan pengguna pada laman sosial Google itu.

Pada masa yang sama, rekabentuk baru YouTube ini juga seperti memberikan antaramuka yang lebih ceria dan serba baru pada perkhidmatan tersebut. Beberapa pautan pantas seperti Trending, Popular dan sebagainya turut diintegrasikan pada bahagian kiri laman, memudahkan anda menonton video yang turut ditonton oleh ramai pengguna seluruh dunia.

Walaubagaimanapun, rekabentuk baru ini masih lagi pada peringkat ujian, dan mungkin versi akhirnya kelak akan mengalami sedikit perubahan berbanding apa yang diperlihatkan ini.


TIPS & ULASAN