Cari @ Amanz

Google sentiasa mengejutkan ramai pihak dengan projek tersembunyi mereka, dimana sehingga kini, pelbagai projek dalaman yang tidak diketahui oleh orang luar. Dan menariknya, kini ia dilaporkan yang mana Sergey Brin, salah seorang pemilik Google sedang mengetuai sebuah bahagian yang dinamakan sebagai Google-X, dimana melaluinya mereka memfokuskan kepada pembangunan pelbagai projek berasaskan kepada masa depan.

Menariknya adalah dimana ramai pekerja Google sendiri yang tidak mengetahui akan mengenai bahagian khas ini, dimana Google benar-benar menjaga akan apa yang sedang dibangunkan oleh mereka. Namun menariknya, ia diperkatakan salah satu produk daripada bahagian Google-X ini mungkin akan diperkenalkan kepada umum pada penghujung tahun ini.

Sebelum ini, pada awal tahun ini, pihak Google telah pun memperlihatkan kenderaan atau kereta yang dipandu secara automatik, selain turut memperlihatkan ianya mampu mengelak segala perkara secara automatik, tanpa perlu dikawal oleh pemandu.

Jadi, sekiranya kereta tersebut masih lagi belum bercirikan futuristik, apakah projek yang akan diperkenalkan oleh Google kelak?

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd