Cari @ Amanz

Paparan Antaramuka Google Music Store Pada Android Diperlihatkan

Oleh Aman

Link Copied!

Dalam usaha bersaing secara sihat dengan iTunes, semua sedia maklum akan Google Music, yang mana masih lagi pada peringkat beta. Buat masa ini, para pengguna tempatan masih tidak dapat menggunakannya tanpa sebarang jemputan, dan menariknya ia diperkatakan yang mana, pada acara 17 November kelak, selain daripada pelancaran kod sumber Android, Google Music Store juga bakal dilancarkan oleh pihak Google.

Melalui paparan antaramuka yang mula kelihatan hari ini, ia menunjukkan yang mana seperti perkhidmatan Movie, Google Music Store turut sama akan diintegrasikan bersama pada Android Market, membolehkan para pengguna membeli dan memuat-turun lagu dengan mudah melaluinya.

Pada masa yang sama, salah satu perkara yang menarik adalah dimana ia turut menyertakan lagu percuma harian, dimana pada setiap hari, sebuah lagu akan diberikan untuk muat-turun percuma, sekaligus memastikan Google Music Store kekal aktif setiap hari.

Mungkin kita akan mendapat lebih banyak maklumat berkaitan dengan Google Music Store ini pada pelancarannya kelak, pada 17 November kelak. Sama-sama kita nantikan pengumumannya.


Komen ()