Dengan Asus Transformer Prime yang disasarkan untuk memasuki pasaran Malaysia sekitar Januari tahun hadapan, kini Lenovo turut sama melukis langkah awal, dimana kini dilaporkan yang mana Lenovo bakal kelak memperkenalkan tablet empat-teras menggunakan NVIDIA Tegra 3 mereka yang mana turut menggunakan Android Ice Cream Sandwich padanya.
Selain daripada itu, tablet baru daripada Lenovo ini turut sama diperkatakan akan membawakan RAM 2GB, slot khas untuk sambungkan storan USB, kamera belakang, cip pemprosesan empat-teras 1.6GHz NVIDIA Tegra 3, dan juga bahagian khas untuk imbasan cap jari pada bahagian belakang untuk sekuriti dan keselamatan tambahan.
Selain daripada itu, informasi berkenaan dengan tablet terbaru daripada Lenovo yang masih belum diumumkan lagi ini masih tidak diketahui sepenuhnya. Ia disasarkan yang mana Lenovo akan memperkenalkan tablet 10.1-inci mereka ini sebelum penghujung tahun ini.