Setelah memperkenalkan aplikasi Android dan juga iOS untuk telefon pintar dan juga papanan, kini New Straits Times terus memperluaskan sokongan aplikasi mereka di dunia digital, dimana mereka kini telah pun melancarkan aplikasi New Straits Times untuk para pengguna Nokia N9, ataupun lebih tepat lagi yang menggunakan platform MeeGo.
Namun berbeza dengan aplikasi Android dan juga iOS, aplikasi MeeGo lebih kepada bersifat pembacaan berita, dimana para pengguna boleh membaca berita terus melaluinya, tanpa perlu memuat-turun seperti pada platform yang lain. Pada masa yang sama, ia turut mengintegrasikan sokongan sosial padanya, dimana para pengguna boleh terus berkongsi akan pelbagai berita menarik mereka dari peranti Nokia N9 terus ke Facebook, Twitter, Emel ataupun melalui SMS dengan mudah.
Bagi para pengguna Nokia N9 ataupun yang peranti MeeGo yang lain, anda boleh memuat-turun aplikasi ini secara percuma terus daripada Nokia Store secara percuma, dan mula menggunakannya hari ini.
Terima kasih Arif Ishak.