Amat jarang sekali kita melihat yang mana peranti dari Samsung habis terjual dengan pantas, tetapi ia yang kelihatan apabila kita melawat laman DiGi, dimana salah seorang pembaca Amanz kini melaporkan yang mana beliau gagal membeli peranti terbaru daripada Samsung, iaitu Samsung Galaxy Note, kerana ketiadaan stok dari pihak DiGi buat masa ini.
Namun begitu, kami tidak dapat pastikan samada adakah ianya hanya untuk jualan web sahaja, dan adakah peranti tersebut masih boleh didapati melalui DiGi Store seluruh negara.
Melalui pakej khas DiGi, mereka menawarkan peranti Samsung Galaxy Note pada harga serendah RM1549 dengan pilihan pelan sebanyak RM63 atau RM43 selama tempoh 12 bulan atau 24 bulan.
Terima kasih Suhairi.