FourSquare Memperlihatkan Tahap Kepakaran Dan Keaktifan Anda Pada Lencana

FourSquare Memperlihatkan Tahap Kepakaran Dan Keaktifan Anda Pada Lencana

Diterbitkan pada November 15, 2011 oleh .

Setelah memperkenalkan lencana dan pangkat pada dunia FourSquare sebelum ini, kini pihak pembangunnya terus menambah baik perkhidmatan mereka, dimana melalui kemaskini terbaru mereka hari ini, para pengguna boleh memperlihatkan kepakaran dan juga minat mereka mengenai sesuatu perkara berdasarkan dengan daftar-masuk lokasi dengan lebih mudah lagi.

Sebelum ini, sekiranya para pengguna telah mendapat sesuatu lencana, ianya akan terhenti disana sahaja. Mengubah perkara tersebut, kini FourSquare memperkenalkan tahap untuknya, dimana setiap daftar-masuk selepas itu turut sama akan diambil-kira dan diberikan angka tahap yang berpatutan dengannya.

Sebagai contoh, sekiranya anda gemar untuk daftar masuk ke panggung wayang, anda akan diberikan lencana Zoetrope dengan mendaftar masuk ke-5 panggung wayang. Dan para pengguna boleh mendapatkan Zoetrope 2x dengan daftar-masuk lokasi sebanyak 5 kali lagi, dan seterusnya secara berterusan.

Perkara ini, sekaligus akan mengaktifkan kembali para pengguna untuk mendaftar masuk lokasi yang telah mereka mendaftar masuk sebelum ini, berbeza dengan sebelum ini, yang mana mungkin mereka malas untuk mendaftar masuk dan sebagainya.


TIPS & ULASAN