Cari @ Amanz

Gambar Pertama Telefon Pintar BlackBerry BBX Mula Kelihatan

Oleh Aman

Link Copied!

Dengan kepopularan BlackBerry yang semakin merudum akhir-akhir ini, mungkin ramai yang menantikan apakah nafas baru yang bakal dibawakan oleh Research In Motion kelak. Selepas ia diperkatakan yang mana peranti baru BlackBerry dengan QNX akan menggunakan skrin sentuh penuh tanpa papan kekunci QWERTY, kini gambar peranti pertama BlackBerry yang bakal dilancarkan mula kelihatan di arena internet.

Ia diperkatakan yang mana peranti ini dikenali sebagai BlackBerry “London”, dan bakal dilancarkan sekitar Jun 2012 kelak, yang mana masih lagi mempunyai masa beberapa bulan lagi, berkemungkinan untuk menunggu platform QNX ataupun ang lebih tepatnya BBX benar-benar matang dengan pelbagai sokongan.

Melalui peranti yang dikenali sebagai BlackBerry “London” ini, ia bakal membawakan cip pemprosesan dwi-teras 1.5GHz, memori sebanyak 1GB RAM, storan terbina 16GB, kamera 8-megapixel dibahagian belakang dan juga kamera hadapan 2-megapixel, serta rekabentuk yang lebih nipis dari iPhone 4 dan skrin seluas Galaxy S2.

Dengan rekabentuk yang kelihatan menarik, serta antaramuka platform yang lebih menyerupai pada PlayBook dan dioptimasikan untuk telefon pintar ini, semestinya ramai peminat BlackBerry akan menantikan pelancaran peranti ini kelak.


Komen ()