Kod Sumber Android 4.0 Ice Cream Sandwich Dilepaskan Kepada Umum

Kod Sumber Android 4.0 Ice Cream Sandwich Dilepaskan Kepada Umum

Diterbitkan pada November 15, 2011 oleh .

Lebih awal daripada apa yang disasarkan, dimana hari ini, Google telah pun mengeluarkan kod sumber Android 4.0 Ice Cream Sandwich kepada umum, membolehkan para pembangun, dan juga pengeluar tablet memuat-turun kod sumber terbuka untuk Android versi terkini yang mesra telefon pintar dan tablet itu tanpa sebarang kos.

Untuk makluman, setelah Google tidak lama mengeluarkan Android yang dioptimasikan untuk tablet dibawah lesen sumber terbuka, iaitu Android Honeycomb, ini merupakan versi pertama yang dikeluarkan oleh Google. Perkara ini sebelum ini telah mengakibatkan beberapa pengeluar yang tidak berurusan terus dengan Google untuk menggunakan Gingerbread pada tablet mereka. Namun, mungkin kini kita boleh nantikan kemaskini Ice Cream Sandwich diperkenalkan untuk semua, yang mana lebih dioptimasikan untuk tablet.

Pada masa yang sama, mungkin juga kita akan dapat melihat pembangun bebas yang mengeluarkan kemaskini untuk peranti semasa dan juga peranti yang lama, seperti CyanogenMod dan sebagainya, turut mengambil peluang ini, mengeluarkan kemaskini berasaskan Ice Cream Sandwich tidak lama lagi.

Bagi mereka yang berminat, anda boleh memuat-turun kod sumber Android secara terus melalui halaman rasmi mereka dengan mengikuti langkah-langkah yang disediakan.

ICS source code pushing NOW: http://t.co/ovKU4C08
Nov 14 via Mobile WebFavoriteRetweetReply


TIPS & ULASAN