Cari @ Amanz

Bermula daripada hari ini, pihak DiGi telah pun mula menawarkan peranti HTC Sensation XL yang didatangkan bersama-sama teknologi audio Beats kepada para pengguna Malaysia. Di Malaysia, peranti ini dijual pada harga RM2099, dan melalui pakej yang ditawarkan oleh DiGi, para pengguna boleh mendapatkannya pada harga serendah RM1399.

HTC Sensation XL menggunakan cip pemprosesan 1.5GHz, skrin seluas 4.7-inci, kamera belakang 8-megapixel, kamera hadapan 1.3-megapixel, dan dijana menggunakan Android 2.3 Gingerbread dan juga HTC Sense 3.5. Ia turut didatangkan bersama-sama dengan sebuah headset Beats khas, serta sokongan merakamkan video pada kualiti tinggi.

Melalui DiGi, para pengguna yang berminat boleh memilih untuk melanggan pakej pada harga bulanan RM43 ataupun RM63 dengan pilihan tempoh selama 12 bulan atau 24 bulan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd