Forum Membincangkan Dunia Pendidikan Dan Dunia Mudah-Alih Akan Diadakan Pada 22 November

Forum Membincangkan Dunia Pendidikan Dan Dunia Mudah-Alih Akan Diadakan Pada 22 November

Diterbitkan pada November 15, 2011 oleh .

Dunia mudah-alih kini menjadi amat berguna, dimana hari demi hari bilangan pengguna yang menggunakan peranti pintar terutamanya telefon pintar dan juga tablet semakin bertambah, disamping angka pengguna yang melayari internet melalui peranti mudah-alih mereka juga kini meningkat dengan drastik hari demi hari. Dan untuk membincangkan perkara ini, MMU bersama-sama dengan Pikom kini bakal menganjurkan sebuah forum khas untuknya.

Forum khas tersebut akan membincangkan lebih kepada penggunaan media mudah-alih dalam dunia pendidikan, dimana ramai ahli akademik pembangun mudah-alih dan juga mereka dalam dunia ICT akan menyertainya dan membincangkan perkara tersebut.

Acara forum percuma ini bakal diadakan pada 22 November ini, daripada pukul 8.30 pagi hingga ke 1 petang. Bagi mereka yang berminat, boleh mendaftarkan diri anda secara percuma melalui emel dengan menghantarnya kepada Tengku Norishah ([email protected]) ataupun melayari laman rasmi acara tersebut di ProbMobile.


TIPS & ULASAN