Sepertimana yang pernah diperlihatkan oleh kami sebelum ini, iaitu BlackBerry Bold 9790 dan juga BlackBerry Curve 9380, hari ini, Resarch In Motion secara rasminya telah pun melancarkan peranti tersebut kepada umum, dan akan dimulakan jualan di Indonesia bermula 25 November kelak. Tarikh dan harga jualan di Malaysia masih lagi tidak diketahui buat masa ini, dan mungkin akan diumumkan tidak lama lagi.
Kedua-dua peranti baru ini menggunakan BlackBerry 7 sebagai platform utamanya, dimana BlackBerry Bold 9790 membawakan rekabentuk elegen yang lebih menarik, selain BlackBerry Curve 9380 membawakan perubahan drastik, membawakan skrin sentuh penuh padanya.
Bold 9790 menggunakan cip pemprosesan 1Ghz bersama dengannya, dan memori storan terbina sehingga 8GB, manakala Curv 9790 pula membawakan skrin sentuh seluas 3.2-inci dengan kamera 5-megapixel bersama-sama dengannya.
Pengumuman penjualan peranti tersebut di Malaysia dijangka akan dilakukan dalam masa beberapa minggu lagi.