Piktochart Memudahkan Pengguna Membuat Infografik Melalui Pelayar Web

Piktochart Memudahkan Pengguna Membuat Infografik Melalui Pelayar Web

Diterbitkan pada November 15, 2011 oleh .

Penggunaan infografik merupakan salah satu cara berkesan dalam menyampaikan pelbagai info, data dan angka dalam bentuk yang menarik. Namun untuk membuat sesuatu infografik, ia adalah sesuatu yang sukar, dan memerlukan kepakaran dalam bidang grafik dan sebagainya. Untuk mengatasi perkara ini, beberapa pembangun tempatan kini dalam fasa akhir pembangunan laman PiktoChart.

Untuk makluman semua, PiktoChart membolehkan para pengguna menggunakan platform mereka dalam membangunkan dan merekabentuk sesebuah infografik terus melalui pelayar web. Memandangkan aplikasi mereka berasaskan web, ia membolehkan semua pengguna seluruh dunia menggunakannya, asalkan mereka mempunyai pelayar web dan juga aplikasi Flash.

Melalui perkhidmatan PiktoChart kelak, ia akan menyediakan beberapa pilihan akaun untuk pengguna, iaitu termasuk percuma (dengan akses terhad) dan juga berbayar (dengan akses meluas), yang memberikan akses tema dan rekabentuk berbeza untuk digunakan pada infografik pengguna.

Buat masa ini, PiktoChart masih lagi pada peringkat beta tertutup, dan mungkin beta terbukanya akan diperkenalkan dalam beberapa minggu lagi. Sama-sama kita nantikan perkembangan menarik daripada salah satu syarikat tempatan ini.

TIPS & ULASAN