Cari @ Amanz

Golden Screen Cinemas merupakan salah satu jaringan panggung wayang popular di Malaysia selain daripada TGV, dan hari ini, GSC secara rasminya telah pun memperkenalkan aplikasi Android rasmi mereka, membolehkan para pengguna melihat tayangan semasa GSC, dan membuat pembelian terus melalui aplikasi tersebut menggunakan peranti mudah-alih Android anda.

Melalui aplikasi GSC untuk Android, ia membawakan sokongan untuk memilih tempat duduk pada sesuatu wayang, dan membeli terusnya melalui telefon pintar mereka, terus melalui akaun Maybank2U. Selain daripada Maybank2U, para pengguna juga boleh menggunakan akaun PayPal, serta membuat pembayaran melalui kad kredit menggunakan integrasi PayPal.

Seterusnya tiket digital juga turut disimpan pada telefon pintar, dimana boleh digunakan untuk memasuki wayang kelak untuk tayangan.

Bagi para pengguna Android yang berminat, anda boleh memuat-turunnya terus melalui Android Market, dan bagi para pengguna iOS, anda boleh memuat-turunnya terus melalui AppStore secara percuma.

Terima kasih Arif Ishak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd