Windows Update Pada Windows 8 Diberikan Nafas Baru

Windows Update Pada Windows 8 Diberikan Nafas Baru

Diterbitkan pada November 16, 2011 oleh .

Nampaknya mungkin masalah Windows Update yang dihadapi oleh para pengguna Windows sekarang nie akan diatasi pada sistem operasi generasi baru Microsoft kelak, dimana kini mereka turut sama memberikan perhatian kepada fungsi Windows Update di dalam Windows 8. Buat masa ini, ujian masih lagi dilakukan terhadapnya.

Melalui blog rasmi Windows 8, Microsoft memperlihatkan beberapa kemaskini yang bakal dibawakan oleh Windows 8 untuk fungsi Windows Update kelak.

Melalui Windows 8 kelak, komputer yang dipasang hanya akan diperlukan untuk di mulakan semula apabila kemaskini sekuriti dilakukan, dan permulaan semula komputer ini hanya perlu dilakukan hanya sebulan sekali sahaja.

Dan menariknya, ia tidak akan memulakan komputer secara paksaan, sebaliknya akan memperlihatkan mesej yang mana para pengguna perlu memulakan semula komputer pada skrin log masuk utama. Mesej ini akan diperlihatkan selama 3 hari, sebelum komputer dimulakan secara automatik.. Namun menariknya adalah terlebih dahulu sebelum ia memulakan semula sistem, ia akan pastikan tiada aplikasi yang berjalan. Sekiranya terdapat aplikasi aktif, maka ia akan tangguhkan permulaan semula komputer sehingga aplikasi tersebut ditutup.

Mungkin kita akan dapat menguji perkara ini pada versi beta kelak, yang mana dijangka akan dilancarkan sekitar suku tahun pertama tahun hadapan.


TIPS & ULASAN