Carian
Paparan Antaramuka Laman Sosial Dari Microsoft Research – Socl Diperlihatkan
November 16, 2011 Aman

Mungkin ada segelintir daripada pembaca Amanz yang masih ingat akan Tulalip daripada Microsoft Research, iaitu salah satu ujian Microsoft pada dunia rangkaian sosial. Kini setelah beberapa bulan, paparan antaramuka baru kelihatan, menunjukkan yang mana Microsoft Research menggunakan penjenemaan Socl untuk rangkaian sosialnya, yang masih tidak diketahui akan direalisasikan ataupun tidak.

Melaluinya, ia dlihat lebih menumpukan kepada carian dan juga perkongsian, dimana berkemungkinan kelak, sama seperti Google+, Socl turut sama mengintegrasikan pelbagai sokongan dan produk Microsoft padanya sekiranya direalisasikan. Dan memandangkan Facebook merupakan salah satu produk pelaburan dibawah Microsoft, berkemungkinan mereka akan menggunakan API Facebook padanya. Namun ini masih lagi spekulasi sahaja.

Sebelum ini, pada bulan Julai yang lalu, nama domain Socl.com aktif dengan ujian oleh pihak Microsoft Research, namun memperlihatkan mesej yang mana mereka sekadar menguji sahaja. Kini, persoalannya adalah adakah versi laman sosial daripada Microsoft Research ini akan dilancarkan, ataupun sekadar ujian sahaja seperti beberapa perkara lain di Microsoft Research.

Komen