ZTE hari ini secara rasminya memperkenalkan peranti Android terbaru daripada mereka iaitu ZTE Skate di pasaran Malaysia. Untuk makluman semua, ZTE Skate merupakan peranti dengan ciri-ciri dan spesifikasi sederhana, amat sesuai bagi mereka yang baru ingin mempelajari akan dunia Android.
ZTE Skate menggunakan cip pemprosesan 800 MHz, cip GPU Adreno 200, skrin seluas 4.3-inci, kamera belakang 5-megapixel dan dijana menggunakan Android 2.3 Gingerbread versi Vanilla. Skrin TFT 4.3 inci yang digunakan mempunyai resolusi WVGA 800×480 pixel. Selain itu ia juga mempunyai RAM sebanyak 512 Mb serta storan dalaman terbina sebesar 4 Gigabyte. Akhir sekali bateri sebesar 1400 mAh digunakan bagi memberikan waktu hayat penggunaan sehingga 9 jam.
Peranti daripada ZTE sehingga kini masih lagi belum ditawarkan melalui sebarang kontrak dan pakej daripada syarikat telekomunikasi. Namun begitu, peranti dengan ciri-ciri sederhana ini boleh didapati daripada pengedar rasmi ZTE seluruh negara pada harga RM999.