Kreatiview #6 – McLelun

Kreatiview #6 – McLelun

Diterbitkan pada November 16, 2011 oleh .

Bersama kita minggu ini adalah McLelun!

1. Beritahu sedikit mengenai diri anda dan apa yang anda buat:

Saya adalah pereka multimedia + pengaturcara yang mempunyai pengalaman yang luas dalam mengendalikan kerja teknikan dan kreatif. Sebagai graduan IT yang mepunyai minat mendalam terhadap senireka, saya boleh melakukan kedua-dua kerja samaada pengaturcara atau pereka (selalunya sekaligus). Kebanyakan portfolio saya boleh dilihat di http://www.mclelun.com. dan ia akan memberikan anda idea terhadap apa yang saya telah lakukan selama ini. Sekarang saya sedang bekerja untuk projek trailer animasi- Sunsastera (IPCC2011). Ini adalah teaser yang digunakan semasa pitch tersebut.

Karya saya yang lain boleh dilihat di
http://mclelun.deviantart.com/
http://vimeo.com/mclelun

Saya ada juga lukis komik
http://www.mclelun.com/portfolio/#comic_
Flash
http://www.mclelun.com/labs/

2. Beritahu kami mengenai portfolio anda yang dibanggakan:
Saya sangat berbangga dengan perisian penterjemahan linguistik yang saya cipta semasa kursus ijazah saya.

Ah lawak saja.

Jujurnya, saya rasa tidak pernah saya menghasilkan karya yang begitu dibanggakan. Kalau perlu dipilih, satu karya yang secara peribadinya sangat saya banggakan adalah ‘Crazy World’, karya vektor saya yang telah menjadi ‘Daily Deviation’ dan menerika 40,000 tontonan di Deviantart. Ianya bukan kerja terbaik saya tetapi sebab ramai sukakannya, saya harap anda sukakannya juga

http://mclelun.deviantart.com/art/Crazy-World-86660204

3. Kongsikan pengalaman anda yang paling menarik didalam industri ini.

Selepas 7 tahun bekerja di industri, saya telah bekerja didalam banyak projek yang menarik dan bertemu dengan ramai orang yang hebat. Kerja pertama saya adalah pembangun permainan berasaskan Flash. Pertama kalinya saya dapat menggunakan kebolehan teknikan dan kreatif pada masa yang sama. Seandainya saya memilih untuk mengikut rakan pengaturcaraan saya didalam arena pengaturcaraan, saya tidak akan mendapat peluang untuk mengekspresikan karya kreatif saya. Client yang terkenal yang pernah saya bekerja dengannya adalah TM BlueHyppo. Saya sangat bertuah kerana dapat melihat hasil kerja saya dipaparkan didalam TV. Beberapa tahun lepas, saya dan rakan saya (KerisMelayu) telah membangunkan game SMS pertama di Malaysia. Ianya diterima ramai dan disiarkan di televisien tempatan dan antarabangsa seperti 8TV, Astro, UTV.

Awal 2010 saya mendapat peluang untuk menunjukkan karya saya di kaca TV. Untuk kali ini saya hanya melakukan karya kreatif sahaja dimana saya melukiskan Visual FX shot untuk preview episod Alauddin yang dipaparkan di TV Al-Hijrah

4. Pendapat anda mengenai industri ini di Malaysia:

Kita mempunyai banyak bakat. Syarikat antarabangsa juga telah menubuhkan cawangan mereka di Malaysia dan Asia Tenggara. Perkara ini sangat memberi impak dan menjanjikan pertumbuhan yang besar berbanding beberapa tahun dahulu.

5. Akhir sekali, harapan anda terhadap industri kreatif pada masa akan datang:
10 tahun lalu, pereka yang baru sahaja keluar graduasi akan mendapat RM1,800 untuk kerja mereka. Sekarang, 10 tahun selepas itu, graduan yang baru habis belajar masih mendapat tawaran yang sama walaupun kos hidup sekarang telah meningkat. Saya harap perkara ini akan berubah.

 


TIPS & ULASAN