Cari @ Amanz

Mungkin kadangkala sedikit bosan apabila membaca Amanz yang semakin lama semakin banyak berita gajet padanya. Jadi, bermula hari ini, kami akan cuba mengeluarkan satu tips setiap hari, dan untuk hari ini, adalah dimana berkenaan dengan menjadikan fail persembahan anda lebih menarik berbanding kebiasaannya kita lakukan menggunakan aplikasi seperti PowerPoint ataupun Keynote.

Melalui Prezi, ia memberikan nafas baru kepada persembahan, dimana ia menigntegrasikan pelbagai efek dan animasi, serta menyokong fungsi zoom padanya, membolehkan sesuatu persembahan itu lebih menarik dan mendapat tumpuan ramai. Seperti semua sedia maklum, memastikan fail persembahan itu menarik merupakan salah satu perkara dalam menarik para penonton melihat persembahan anda, selain daripada gaya dan persembahan.

Pengguna juga boleh menarik video-video YouTube, fail PDF dan media-media lain, menjadikan persembahan lebih interaktif.

Bagi mereka yang berminat, anda boleh menggunakan Prezi dengan hanya menggunakan Facebook Connect yang mana menawarkan akaun percuma dengan beberapa sekatan, berbanding akaun berbayar yang turut disediakan oleh mereka.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd