Cari @ Amanz

Salah satu perkara yang dinantikan pada pelayar web Firefox adalah mana kemaskini secara automatik pada pelayar web tersebut, lebih kurang sama seperti pada Chrome, yang mana sekaligus membolehkan para pengguna menggunakan pelayar web versi terkini daripada Mozilla, tanpa perlu membuatnya secara manual. Dan menariknya, kini perkara tersebut sudah pun mula kelihatan pada versi pembangunan pelayar web tersebut.

Untuk menjayakan perkara ini, Mozilla kini melalui pelayar web Firefox Nightly menyemak versi terkini pelayar web yang terdapat dipasaran, dan kemudian memuat-turun dan memasangnya pada sebuah folder khas. Kemudian, apabila pelayar web tersebut dimulakan semula, Firefox versi baru dijalankan, dan segala fail digantikan secara automatik.

Bagi mereka yang berminat untuk menguji perkara ini, mungkin anda boleh memuat-turun dan menguji Firefox Nightly versi pembangunan. Mungkin kita kena menunggu sehingga tahun hadapan untuk melihat fungsi ini benar-benar diintegrasikan, yang mana berkemungkinan pada Firefox 10 atau Firefox 11.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd