Cari @ Amanz

Setelah Acer melancarkan Aspire S3, dan Asus dengan Zenbook di Malaysia baru-baru ini, kini Lenovo Malaysia turut sama memperkenalkan peranti nipis mereka kepada para pengguna tempatan, iaitu IdeaPad u300s. Para pengguna yang berminat boleh mendapatkannya pada harga RM3299 melalui pengedar rasmi seluruh negara bermula hari ini.

Melalui Lenovo IdeaPad u300s, ia membawakan cip pemprosesan Intel Core i7 ULV, skrin bersaiz 13.3-inci, menyokong memori sehingga 4GB DDR3, menggunakan sistem operasi Windows 7, dan juga membawakan jangka masa tahan bateri selama lebih kurang 8 jam lamanya.

Mungkinkah selepas ini kita akan melihat trend semasa dimana lebih banyak ultrabook dilancarkan di Malaysia?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd