Aplikasi iOS Rasmi Untuk Najib Razak Dilancarkan

Aplikasi iOS Rasmi Untuk Najib Razak Dilancarkan

Diterbitkan pada November 17, 2011 oleh .

Dengan perdana menteri kita yang amat aktif pada arena internet dan media baru, kini aplikasi rasmi khas untuk beliau turut dilancarkan, yang mana dikenali sebagai Najib Razak 1Malaysia. Melalui aplikasi ringkas yang dilancarkan untuk platform iOS itu, ia membolehkan para pengguna dengan mudah mengikuti pelbagai perkembangan semasa Najib Razak dengan mudah, terus melalui peranti iOS mereka.

Melalui aplikasi tersebut, para pengguna dengan mudah boleh ikuti perkembangan laman blog, Facebook dan Twitter beliau, selain pada masa yang sama, turut mengikuti acara-acara yang disertai oleh beliau, dan melihat video, galeri dan lain-lain dengan mudah.

Bagi para pengguna yang berminat, anda boleh memuat-turun aplikasi ringkas ini secara percuma terus melalui Apple AppStore, dan mula mengikuti Najib Razak dengan mudah melaluinya.


TIPS & ULASAN