Aplikasi GMail Untuk iOS Diperkenalkan Semula Oleh Google

Aplikasi GMail Untuk iOS Diperkenalkan Semula Oleh Google

Diterbitkan pada November 17, 2011 oleh .

Setelah memperkenalkan aplikasi GMail rasmi daripada Google lebih kurang dua minggu yang lepas, dimana kemudian mereka menariknya kembali, kini Google sekali lagi telah memperkenalkannya kepada umum dengan semua permasalahan awal diatasi, dan kini sedia dimuat-turun oleh semua pengguna peranti iOS seluruh dunia terus melalui Apple AppStore.

Melalui aplikasi rasmi GMail untuk para pengguna iOS, ia membawakan pelbagai perkara menarik, termasuk sokongan notifikasi apabila menerima emel baru, serta membolehkan para pengguna membuat carian emel dengan mudah. Ia juga membolehkan anda menyertakan fail bersama-sama dengan emel dengan pantas dan mudah.

Sebelum ini, Google telah pun memperkenalkannya pada awal November yang lepas, tetapi menarik baliknya selepas beberapa jam apabila mendapat pelbagai kritikan ke atas masalah penggunaan aplikasi tersebut. Kini setelah 2 minggu, Google telah pun melancarkannya semula, membolehkan semua pengguna seluruh dunia memuat-turun dan menggunakannya tanpa sebarang masalah.


TIPS & ULASAN