BQe Summit 2011 Membolehkan Pelajar Dan Usahawan Mendalami Dunia ICT Dan Keusahawan

BQe Summit 2011 Membolehkan Pelajar Dan Usahawan Mendalami Dunia ICT Dan Keusahawan

Diterbitkan pada November 17, 2011 oleh .

Acara bercirikan teknologi dan juga keusahawanan di Malaysia masih lagi boleh dikira sedikit, namun ia masih tidak mendapat penyertaan daripada pelajar, mahupun usahawan sendiri walaupun ia ditawarkan secara percuma. Dan salah satu aktiviti yang bakal diadakan dalam tempoh terdekat ini adalah yang dianjurkan oleh BQe dengan kerjasama MSC Malaysia dan beberapa rakan kerjasama yang lain pada 19 November ini.

Melalui acara BQe Youthe Entrepreneurship Summit 2011 yang diberikan tiket percuma kepada para pendaftar awal, mereka akan dapat mengikuti sebuah siri persidangan dimana pelbagai perkara menarik berkaitan dunia keusahawanan yang akan dikongsikan padanya. Dan menariknya, sekiranya anda adalah pelajar, anda turut sama boleh menyertai pertandingan MIBPC (Malaysian Institute of Higher Learning Business Plan Competition). Memandangkan ia bercirikan teknologi dan keusahawanan, maka rancangan kerja yang dibentangkan juga perlu menerapkan idea-idea berasaskan kerja, dan menariknya ia turut sama memupuk para pelajar untuk beridea kreatif sejak daripada muda remaja lagi.

Bagi para usahawan sedia ada pula, mereka boleh mendapatkan idea yang segar, selain pada masa yang sama boleh menambah rangkaian kenalan mereka, dimana ia disasarkan ramai daripada dunia IT dan keusahawanan yang akan menyertai acara ini.

Untuk maklumat lanjut berkaitan dengan perkara ini, anda boleh merujuk pada laman rasmi mereka di TheBigBrew, ataupun laman Facebook BQe Malaysia.


TIPS & ULASAN