Kini, Lebih 200 Juta Peranti Android Telah Diaktifkan Diseluruh Dunia

Kini, Lebih 200 Juta Peranti Android Telah Diaktifkan Diseluruh Dunia

Diterbitkan pada November 17, 2011 oleh .

Hari ini, melalui sebuah acara khas yang diadakan, Google telah pun berkongsi akan beberapa statistik menarik berkaitan dengan Android, dimana kini ianya dilaporkan terdapat lebih 200 juta peranti Android yang telah diaktifkan diseluruh dunia, yang mana memperlihatkan penerimaan peranti Android diseluruh dunia yang berkembang dengan pesat sekali.

Angka ini, pada bulan Mei yang lalu hanyalah pada 100 juta, dan telah berkembang sekali-ganda dalam tempoh hanya enam bulan sahaja. Android juga kini memperlihatkan pengaktifan sebanyak 550,000 peranti baru setiap hari.

Dan menurut Google juga adalah dimana daripada jumlah telefon bimbit yang terjual, sebanyak 75% adalah peranti pintar, dan sebanyak 90% daripadanya adalah yang menggunakan Android. Namun ia tidak dapat dipastikan samada adakah angka ini adalah angka untuk Amerika Syarikat sahaja ataupun peratusan global.

Sebagai perbandingan, sebelum ini, ketika pelancaran iPhone 4S, Tim Cook mengumumkan yang mana pada ketika itu, terdapat sebanyak 250 juta peranti iOS yang telah diaktifkan diseluruh dunia. Namun mungkin perbandingan ini adalah tidak begitu adil, memandangkan iOS adalah platform tertutup, dan digunakan oleh Apple sahaja, sebaliknya Android merupakan platform terbuka, dan boleh digunakan oleh semua.


TIPS & ULASAN