Cari @ Amanz

Sejak beberapa bulan lepas, telah ramai pembaca kami yang telah menebus ganjaran Amanz Rewards dengan hadiah menarik. Kali ini, kami membawakan lagi satu ganjaran yang sesuai buat syarikat bertaraf ‘Entreprise’, terima kasih buat Evenesis.

Khas untuk AmanzRewards, Evenesis akan memberikan baucer keatas produk mereka sebanyak RM50 apabila mata ganjaran terkumpul pembaca berjumlah 5000. Baucer ini boleh digunakan didalam sistem mereka yang mana sesetengah fungsi memerlukan kredit (contohnya SMS) Produk Evenesis menjurus kearah pengurusan acara dimana pengguna dapat menggunakan aplikasi Evenesis untuk menguruskan acara kahwin, pelancaran, mesyuarat, rumah terbuka dan sebagainya. Evenesis turut menawarkan aplikasi iPad dan juga iPhone bagi para penganjur untuk menguruskan majlis mereka.

Evenesis juga baru-baru ini telah memenangi MSC-APICTA 2011 dalam kategori Infrastruktur dan juga pengarah mereka, Yusno Yunus, merupakan salah seorang panelis didalam rancangan Meja Bulat Astro Awani bersama-sama Ikhwan Nazri.

Para pengguna boleh mengetahui produk Evenesis lebih lanjut di halaman rasmi mereka & twitter mereka.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd